Trip Memancing di Kepulauan Sabah
Sabah Negeri DiBawah Bayu. Negeri yang penuh terumbu batu karangnya. Menjanjikan kepuasan kepada pemancing untuk menerokai lautan luasnya.Menyusuri beberapa pulau seperti Mantanani, Mengalum serta Takad 360, pasti membuatkan anda teruja
Petua Dan Tips-Tips Memancing
ketahui petua serta tips yang amat berguna kepada pemancing. Diharap ia akan memberi manfaat kepada semua.
Aktiviti Melancong dan Servey
Aktiviti memancing sambil melancong. Bersama team servey menjelajah kawasan baru untuk trip memancing akan datang. Selain itu ia juga aktiviti kelab menghilangkan penat lelah selepas memancing.
Himpunan Kisah-Kisah Misteri.
Menghimpunkan kisah-kisah misteri dari pemancing yang mengalami pengalaman ngeri sewaktu pergi memancing.
Pakej Promosi - Trip Memancing
Tegarfishing Club menawarkan pakej menarik bagi pemancing-pemancing tegar. Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.
Sunday, June 2, 2013
Friday, May 31, 2013
Monday, May 13, 2013
Jemputan Ke Mesyuarat Khas/Taklimat TFC
Merujuk kepada ketetapan yang dibuat melalui talifon tempoh hari, dengan ini tuan-tuan yang menjadi ahli kelab dan peserta SABAH BIG Game 2013 untuk hadir kemesyuarat,taklimat serta kerja pembungkusan peralatan akan diadakan pada ketetapan yang berikut;
Tarikh :16/05/2013
Masa :9.30 mlm
Tempat :Bilik Gerakan Kelab.
Sekian harap maklum
SUA Kelab
FBS
Sunday, June 3, 2012
CORAT CORET BUMI KENYALANG 2012
APA KATA MEREKA........
| Pak Azmi-Orang yang paling vateran dalam trip kami.Saya sudah dua kali bersama TFC dan saya cukup puas hati,saya sebangai orang yang paling tua dalam trip ini cukup teruja dengan layanan dan perancangan TFC dalam penganjuran dan saya lihat TFC sangat mementingkan keselesaan dan kepusanan hati kepada pelangan-pelangannya. |
| Abu Samah bin Yunus-Pertama yang saya hendak katakan....jangan cicirkan nama saya untuk trip tahun hadapan.Telah tiga kali saya mengikuti trip memancing ke Sarawak dengan penganjur yang berbeza bersama TFC sebanyak dua kali dan ianya sangat berbeza dengan penganjur-penganjur yang lain yang pernah saya ikuti samaada trip disebelah Semenanjung mahupun Borneo...kerana itulah saya terpanggil untuk mengisi borang keahlian untuk memastikan saya tidak keciciran dalam trip-trip yang akan datang disamping kelebihan yang ditawarkan.Kalau hendak tahu turut serta dengan trip TFC. |
| Norman Bin Nibon-Ini kali yang kedua saya bersama TFC ,secara jujur saya selesa mengikuti trip yang dianjurkan oleh TFC kerana harga pakejnya yang berpatutan setimpal dengan apa perkhidmatan yang diberi yang paling penting persefahaman semasa didalam kapal sifat inilah yang tidak ada kepada penganjur-penganjur lain yang pernah saya ikuti. |
| Tuan Hj Mat Hair dari Pulau Indah Klang (Pesara Anggota TUDM)-Ini adalah trip saya yang pertama dengan TFC,walaupun baru pertama kali saya sangat berpuas hati dengan penganjur kerana semua pemancing cukup bertoleransi dan berkerjasama tidak mementingkan diri sendiri dan yang paling menarik hati saya ialah sifat kekeluargaan mereka dan sekiranya ada masa dan peluang saya akan mengikuti trip mereka lagi dimasa-masa akan datang. |
Saturday, June 2, 2012
MESYUARAT CLUB
| Secretary Fadli sedang Mengemas kini data sebelum mesyuarat |
| Ahli TFC sedang mendengar laporan kewangan |
Friday, June 1, 2012
TRIP PENUH CABARAN SARAWAK 2012
Kami tiba di LCCT Sepang kira-kira jam 6.30 pagi dan terus memulakan daftar masuk bagasi...kami sedikit kecewa apabila di beritahu penerbangan kami yang dijadualkan jam 8.30 pagi telah di tunda kepada jam 9.45 pagi.Penantian yang cuma 75minit ini sudah cukup untuk membuatkan semua pemancing merasa resah dan gelisah.
Sunday, May 27, 2012
SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN
ALFATIHAH.....

























